Aguero Masih Diburu.



LONDON - Chelsea bersedia untuk membuat tawaran sebanyak £42 juta (RM244.3 juta) bagi mendapatkan pemain Atletico Madrid, Sergio Aguero (gambar).

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich mahu memberikan pengurus baru kelab itu, Carlo Ancelotti seorang pemain baru yang berstatus bintang.

Mereka bagaimanapun perlu pantas melengkapkan perpindahan tersebut memandangkan penyerang Argentina itu dijadualkan akan beraksi untuk pasukannya menentang Panathinaikos pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara Rabu ini.

Atletico dikatakan akan menolak tawaran tersebut dan meminta Chelsea menaikkan tawaran kepada £50 juta (RM290.8 juta) jika mereka benar-benar berminat untuk mendapatkan Aguero, 21.

"Pasaran perpindahan pemain hanya akan berakhir pada 31 Ogos dan jika ada sebarang kemungkinan untuk memperbaiki pasukan, kami akan lakukannya," kata Ancelotti.

Tawaran Chelsea kepada Aguero itu bakal memadamkan rekod perpindahan tertinggi di Britain yang kini masih dipegang oleh Robinho yang dibeli Manchester City dengan harga £32.5 juta (RM189 juta).

0 comments:

Post a Comment

Kawe La!

My photo
Budok uduhs Pasir Puteh!

Pengikut Kawe Belako!