Ancelotti Nasihatkan Serie A Meniru EPL

Ancelotti sudah mengambil banyak pengalaman selama kurang dua bulan berada di England bersama kelab Chelsea.Dia menilai banyak perkara yang boleh ditiru dan dipakai oleh Bola Sepak Itali.

Perkara yang paling menarik perhatian pengurus Chelsea itu adalah sikap yang ditunjukkan oleh para peminat dalam setiap negara bola sepak masing-masing.Menurut Ancelotti, peminat bola sepak Itali perlu banyak meniru peminat bola sepak Inggeris.

"Di Itali, kami masih sentiasa melihat kekerasan, jadi aku berharap semua itu boleh sentiasa berubah," kata Ancelotti dalam laman web rasmi Chelsea.

"Orang yang pergi ke stadium datang untuk melihat perlawanan yang menarik, seperti di England, dan menyokong kelab pasukan mereka. dan tidak suka menggunakan kekerasan dan jeritan yang kuat kepada pemain."

"Orang datang ke stadium meyaksikan perlawanan.Di Itali, sayangnya tidak ada perkara yang sedemikian.Orang di sana tidak mempunyai semangat untuk memiliki perkara tersebut.Gembira rasanya melihat perkara yang berlaku di England.Saya sangat gembira di England kerana stadium selalu penuh dan berjalan dengan baik.Suatu pengalaman yang menarik."

0 comments:

Post a Comment

Kawe La!

My photo
Budok uduhs Pasir Puteh!

Pengikut Kawe Belako!