1st time raye luar dr kampung halaman..

SEDIH...

itu lah kata2 yg tepat untuk diriku mengenangkn nasib sbg staff..
kene keje d hari yg mulia..
nk wat cane..
name pon keje kn??

ape pon..
selamat berhari raye!
maaf zahir batin!

"I Don't Speak Malay But I'm Very Stupid & Cheater.!"



"I don't speak malay but i'm very stupid and cheater.!".Hah, perkataan ini sememangnya sesuai untuk penipu bola sepak yang bodoh, Eduardo sengal tu.(Hehehe ayat ni seingat aku pernah digunakan oleh pelakon wanita muda Malaysia, Sharifah Amani tu mase kat festival filem2 malaysia)....Sekarang ni tengah hangat kes penjatuhan menipu atau lebih senang kita panggil "stupid dive".Dan bagi aku sangat terlampau bersetuju dengan keputusan UEFA untuk menghukum si Eduardo tu.Dah buat salah tu terima je lah hukumannya,contoh kalau mencuri,kalau kena tangkap polis memang kena dapat hukuman lar,xkan lepas camtu je....Tapi yang aku naik berang dan bingung ni pasal team Sengal bersama peminat sengal2 mereka tak leh terima hukuman UEFA kat Eduardo tu,alahai jangan jadi bodoh lar Sengal...UEFA dah kaji secara terperinci dah kenapa,mengapa,sebab apa mereka harus hukum si Eduardo penipu tu...tu sebab UEFA...

Ancelotti Nasihatkan Serie A Meniru EPL

Ancelotti sudah mengambil banyak pengalaman selama kurang dua bulan berada di England bersama kelab Chelsea.Dia menilai banyak perkara yang boleh ditiru dan dipakai oleh Bola Sepak Itali.

Perkara yang paling menarik perhatian pengurus Chelsea itu adalah sikap yang ditunjukkan oleh para peminat dalam setiap negara bola sepak masing-masing.Menurut Ancelotti, peminat bola sepak Itali perlu banyak meniru peminat bola sepak Inggeris.

"Di Itali, kami masih sentiasa melihat kekerasan, jadi aku berharap semua itu boleh sentiasa berubah," kata Ancelotti dalam laman web rasmi Chelsea.

"Orang yang pergi ke stadium datang untuk melihat perlawanan yang menarik, seperti di England, dan menyokong kelab pasukan mereka. dan tidak suka menggunakan kekerasan dan jeritan yang kuat kepada pemain."

"Orang datang ke stadium meyaksikan perlawanan.Di Itali, sayangnya tidak ada perkara yang sedemikian.Orang di sana tidak mempunyai semangat untuk memiliki perkara tersebut.Gembira rasanya melihat perkara yang berlaku di England.Saya sangat gembira di England kerana stadium selalu penuh dan berjalan dengan baik.Suatu pengalaman yang menarik."

Ramadhan at DC,Sapura...

1st time aku berpuasa sebagai staff sapura...
x mcm staff2 kt tempat keje lain..keje ntah pape..
berbeza ngn keje aku..
terpacak kt opis tgk keadaan network customer2..
rileks beb!

ble nk berbuke..
aku ngn partner aku kuar ke bazar serdang..
rmai student2 upm..
huhu!
syok!hahaha

time keje mlm lak....
bese la wat rutin arian..
pastu surf pape yg patot..
n yg plg penting on9 facebook!!

ble time sahur lakk...
aku mmg xtdo mlm ble keje mlm..
aku kejotkn partner aku..
mkn nasik putih aym masak kunyit!
tu je menu aku time sahur!hahhaa

daaa...
selamat berpose!

Ancelotti Tak Boleh Kalahkan Saya : Mourinho

Nampaknya perang mulut antara Mourinho dengan Ancelotti tidak menunjukkan tanda-tanda yang akan menemui noktah.Bekas pengurus sensasi Chelsea itu kembali mengadakan perang psikologinya terhadap Ancelotti.

Dengan kemenangan kali kelima berturut-turut yang dicapai oleh Chelsea dalam kempen liga musim ini mungkin menimbulkan sedikit "cemburu" Mourinho kepada Ancelotti.

"Ancelotti boleh sahaja mengalahkan rekod saya dalam kemenangan dalam pembukaan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea.Tetapi dia tidak akan boleh melebihi rekod saya.Saya memberi trofi liga pertama kepada Chelsea selepas 5o tahun kelab itu tidak memenanginya," ujar Mourinho.

Haha ye lar Mourinho.Aku tahu itu memang rekod kebal ko dan tak der mane-mane managerpun yang boleh mengalahkan rekod kebal ko tu selama 50 tahun.Tapi Ancelotti mungkin akan membuat sejarah paling hebat dalam kelab Chelsea iaitu memenangi trofi UEFA Champions League kepada Chelsea musim ini dan trofi ini tidak pernah dimenangi oleh Mourinho sejak dia membimbing Chelsa.Erm...

Terry azam julang England di Afrika


LONDON - John Terry berazam untuk memperbaiki detik malang dalam kariernya dengan berusaha membantu England mempamerkan aksi terbaik pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Terry mengakui, dia masih mengalami kesan psikologi akibat kegagalan England layak ke Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 sewaktu dia pertama kali diberi peranan sebagai kapten skuad kebangsaan England.

Ia kali pertama England gagal melangkah ke kejohanan besar sepanjang tempoh 14 tahun.

Tidak cukup dengan kegagalan itu, Terry juga telah mengharungi pengalaman pahit apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Chelsea tewas kepada Manchester United pada final Liga Juara-Juara 2008.

Namun, pemain berusia 28 tahun itu telah menyimpan azam untuk memperbaiki pencapaian terbaik England ketika layak ke separuh akhir Piala Dunia 1990.

Untuk rekod, England hanya sekali muncul juara iaitu pada edisi 1966.

"Saya pernah hilang semangat dalam kempen Liga Juara-Juara tetapi jika England gagal layak (ke Piala Dunia), ia kekecewaan lebih besar bagi saya.

"Apabila terjaga pada tengah malam, saya masih teringatkan kegagalan itu. Apabila kamu menjadi kapten skuad kebangsaan, segala beban sentiasa perlu dipikul.

"Apabila kamu lihat pada saingan liga kami, kami sentiasa dikatakan terbaik di dunia dan kebanyakan pemain beraksi dengan kelab utama dan kami sepatutnya melayakkan diri," kata Terry.

Fantasy Football...


Sakit ati kt essien ngn carrick..leh lak x main!hampeh tol point aku..
tp tetap byk gk..
HASILNYEE...




Kawe La!

My photo
Budok uduhs Pasir Puteh!

Pengikut Kawe Belako!